Assalamualaikum sidang pembaca sekalian,
Lama dah tak menulis di blog akibat kesibukan belajar, tapi malam nie nak rehat kejap dan bercerita. Pernah dengar tak kisah syiling 20 sen? Kini syiling 20 sen sangat dipandang remeh oleh masyarakat umumnya pada masa sekarang. Sekiranya ada yang tak pernah melihat syiling 20 sen ( mana la tau kaya sangat kan ). Nie la bentuk syiling 20 sen:
Lama dah tak menulis di blog akibat kesibukan belajar, tapi malam nie nak rehat kejap dan bercerita. Pernah dengar tak kisah syiling 20 sen? Kini syiling 20 sen sangat dipandang remeh oleh masyarakat umumnya pada masa sekarang. Sekiranya ada yang tak pernah melihat syiling 20 sen ( mana la tau kaya sangat kan ). Nie la bentuk syiling 20 sen:
Ceritanya begini.. Masa saya kecik2
dulu masa sekolah rendah iaitu 17 tahun yang lalu, bawak syiling 20 sen saja
dah cukup untuk buat makan di sekolah. Apa yang boleh dibeli dengan 20 sen 17
tahun dahulu? ini dia... Makanan kegemaran rakyat Malaysia:
Cerita nya belum abes disini. Ayah saya pernah bercerita
semasa dia muda2 dahulu.. sekarang umur beliau dah 76 tahun.Mungkin back to the
future 40 tahun yang dulu. 20 sen yang sama boleh membeli makanan kegemaran
ayah saya. Nak tahu apa? ini lah makanan kegemaran ayah saya:Mee Rebus
Kita berbalik kepada masa sekarang tahun 2012. Cuba anda semua ke gerai makanan dan cakap kat makcik gerai tu. Maybe ini lah perbualan yang sepatutnya dan jawapan makcik tu:
Pembaca: Makcik, bungkuskan saya nasi lemak 20 sen. Nak buat bekal anak ke sekolah.
Makcik Penjual: Hang gila ka? telur dalam nasi lemak nie saja lagi mahal dari 20 sen???? atau lebih kasar..
Makcik Penjual: Ambik telur rebus setengah nie pastu bagu anak hg wat bekal p skolah!!
(Bayangkan pulak kalo makcik tu jual mee rebus??)
Apa yang nak disampaikan disini adalah, lihat betapa rapuh dan susutnya nilai 20 sen yang sama yang semua orang penah guna. Cuba pikir sejenak apa yang anda boleh beli dengan 20 sen pada tahun 2012? mungkin pikirkan jugak apa anda boleh beli dengan harga 20 sen 10 tahun atau 20 tahun akan datang?
20 sen adalah wang fiat yang sentiasa susut nilai dek inflasi.Apa kata tukarkan 20 sen ini yang digunakan untuk membeli nasi lemak dan mee rebus ke 1 dinar memang tak logik la kan sebab harga 1 dinar sekarang RM7XX.
**Aku bukan suruh hampa bagi aku 20 sen lepas tu aku bagi hampa 1 dinar.Ingat aku nie charity ka?? Aku suruh hampa bayangkan kalo 1 dinar digunakan beli nasi lemak dan mee rebus means that medium pertukaran atau matawang. Abaikan harga 1 dinar sekarang.
Tahukah anda. Sekiranya 1 dinar digunakan untuk membeli 1 mangkuk mee rebus 40 tahun yang lalu. Satu dinar jugak boleh membeli sebungkus nasi lemak 17 tahun lalu dan masih boleh digunakan 100 tahun akan datang dengan nilai yang tak pernah susut.
Lihat di sekeliling anda.. Anda nampak tak 20 sen yang terbiar yang tak ada sorang pon kutip. Bayangkan 20 sen ini adalah 1 keping 1 dinar? anda kutip ke tidak?
Tahukah anda saiz 1 dinar lebih kecik dari 20 sen malah lebih ringan dari 20 sen?
Cuba muhasabah diri dan fikirkan kisah 20 sen ini dengan duit yang ada didalam akaun simpanan anda. Adakah kesemua duit yang berlambak dalam simpanan anda pada masa akan datang akan menerima nasib yang sama seperti 20 sen yang saya ceritakan?
Tukarlah simpanan anda kepada sesuatu yang lebih bernilai pada masa akan datang atau paling tidak pon sesuatu yang sudah pasti tidak akan susut nilai.
No comments:
Post a Comment