Bandingkan kos hidup beberapa tahun
dulu dengan sekarang, memang banyak bezanya. Barang semakin mahal, namun
pendapatan untuk rakyat biasa tak bertambah. Ada yang sampai terpaksa ambil dua
kerja semata-mata nak menampung kos hidup yang tinggi.
Macam mana semua ni boleh berlaku?
- Perbelanjaan tahunan AS hampir mencecah
$4 trillion setahun manakala pendapatan mereka hanyalah sebanyak $2
trillion setahun.
- Kekurangan pendapatan ini dikenali
sebagai defisit. Dalam hal ni, defisit AS adalah $2 trillion.
- Cara paling senang untuk mengatasi
masalah ini adalah dengan meminjam duit.
- Bila AS meminjam duit, pinjaman mereka
dikeluarkan dalam bentuk bon (Bank Negara pun ada jual bon pada
masa-masa tertentu).
- Bon boleh dijual kepada bank tempatan
lain, pelabur (rakyat biasa) dan negara lain (Malaysia ada membeli bon
AS).
- AS harus membayar faedah kepada pemegang
bon. Bon adalah sama seperti bila kita buat pinjaman bank, kena bayar
balik dengan faedahnya sekali.
- Tapi AS tak cukup duit untuk bayar faedah
tadi. Jadi apa dia buat adalah dengan mengeluarkan lebih banyak bon
(pinjam duit) untuk membayar faedah kepada pemegang bon.
- Senario ni sama seperti kalau kita guna
kad kredit atau pinjam ah long untuk membayar loan rumah. Berhutang untuk
melangsaikan hutang lain.
- Pinjam meminjam ni dilakukan berulang
kali sehingga AS sekarang dibebani hutang (termasuk faedah yang perlu
dibayar) sebanyak $14 trillion.
- Sebab dah banyak sangat meminjam, AS
hampir ketandusan sumber untuk mendapatkan pinjaman.
- Pendapatan AS tak mencukupi untuk
membayar faedah daripada pinjaman tadi.
- Penyelesaian utama adalah
dengan mengurangkan perbelanjaan danmenaikkan cukai.
- Kalau perbelanjaan dikurangkan, sektor
perkhidmatan awam akan teruk terjejas (polis, jururawat, pegawai kerajaan
dan sebagainya kehilangan kerja).
- Kalau cukai dinaikkan, rakyat tak akan
mempunyai cukup duit untuk menyara hidup. Rusuhan mungkin akan berlaku.
- Untuk mengelakkan dua langkah tadi, AS
mencetak lebih banyak duit.
- Bila duit dicetak dengan lebih banyak,
nilai duit akan jatuh.
- Itu sebabnya harga komoditi seperti
makanan, minyak dan emas menjadi semakin mahal (sebab utama menyimpan
dalam emas dan bukan wang tunai).
- Bila nilai duit jatuh, ia dikenali
sebagai inflasi. Inflasi memang wujud dan kadar inflasi Malaysia pada
tahun lepas adalah ~ 3.5%. Maksudnya, kalau kita simpan dalam ASB dengan
kadar dividen ~ 8% setahun, nilai sebenar dividen yang kita dapat adalah ~
4.5% (selepas ditolak dengan nilai inflasi tadi). Kalau buat loan bank
untuk pelaburan ASB, tolak lagi beberapa % berdasarkan kadar bank.
- Berbalik kepada negara yang meminjamkan
wang kepada AS. Apa yang berlaku selepas itu, nilai matawang negara yang
memberi pinjaman kepada AS akan jatuh.
- Dolar AS akan kelihatan lebih mahal
berbanding matawang negara tadi ($1 = RM3).
- Oleh itu, kos untuk membayar gaji pekerja
di negara tersebut adalah murah.
- Dengan kos pekerja yang murah, kos untuk
menghasilkan barangan juga murah (contoh – China, Taiwan).
- Negara peminjam tadi boleh menghasilkan
produk pada kadar yang sangat murah berbanding kalau produk tadi
dihasilkan di AS (contoh – kilang pembuatan barangan Apple yang terbesar terletak di China).
- Rakyat AS kehilangan kerja dan tak dapat
kerja (sebab kerja yang ada tadi dah outsource ke negara seperti China
& Taiwan).
- Bila rakyat tak kerja, mereka tak bayar
cukai. Tapi mereka masih menerima bantuan kerajaan dalam bentuk elaun
pengangguran. Di AS, penganggur boleh menerima elaun pengangguran.
- Orang yang bekerja pula lebih rajin
bekerja untuk mengelakkan kehilangan kerja. Mereka sanggup kerja lebih dan
dibayar murah. Jawatan kosong tidak perlu diwujudkan.
- Bilangan pekerja semakin kurang, kutipan
cukai pun semakin sedikit.
- Ini menyumbang kepada kemelesetan
ekonomi (pendapatan daripada cukai jatuh).
- Jadi dua masalah utama AS adalah
kemelesetan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi. Keadaan ini dikenali
sebagai stagflasi.
- AS dalam dilema. Hutang ada $14 trillion.
Mana nak cari duit?
- Kalau naikkan kadar cukai dan kurangkan
perbelanjaan, kemelesetan ekonomi semakin buruk.
- Kalau cetak duit lagi, inflasi pula
semakin tinggi.
- Kalau pinjam duit lagi, boleh. Tapi
faedah untuk $14 trillion tadi pun tak mampu nak bayar. Persoalannya
berapa banyak lagi nak pinjam dan daripada siapa?
- Samada dua bulan atau dua tahun, harinya
akan sampai bila AS tak mampu lagi nak bayar segala hutang piutang dan
segala kos perbelanjaan negara sendiri.
- Bila AS tak bayar hutang kepada pelabur
yang membeli bon, pelabur ni tadi takde duit untuk membayar pekerja
mereka. Ramai yang akan kehilangan kerja.
- Bila AS tak bayar hutang kepada bank yang
membeli bon, bank takde duit untuk keluarkan loan, berikan kredit kepada
pemegang kredit kad dan berikan wang tunai kepada rakyat yang ingin
mengeluarkan duit mereka daripada bank tersebut.
- Bila AS tak bayar hutang kepada negara
yang membeli bon, mereka pun akan mengalami masalah ekonomi di negara
mereka sendiri sebab hampir semua negara di dunia menggunakan sistem
pinjam meminjam hutang bayar hutang dalam ekonomi mereka dan hampir semua
negara di dunia membeli bon AS.
- Ini akan menyebabkan kejatuhan ekonomi
dunia.
Dan oleh sebab semua pelabur di
dunia takut benda ni berlaku, mereka beli emas banyak-banyak. Bila ramai orang
beli emas, permintaan semakin tinggi. Dalam jangkamasa sebulan (11 Julai 2011 –
11 Ogos 2011), harga emas telah melonjak sebanyak 16%. Lupakan ASB, simpan
setahun pun baru naik 8%. Duit kita jadi semakin murah sebab sistem
ekonomi yang semakin goyah. .
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
ReplyDelete(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.