Pakar2 ekonomi dunia
meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi
kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg
kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada
Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)
Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang,bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD.Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribu pejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.
Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC,Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang,ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg adaair mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THE DEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).
Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis renca! na mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).
Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risknot only for the US economy, but for the world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas over time there is only one direction for the dollar to go lower.
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system.
Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board,we have a 75% chance of a crisis within 5 years.
Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam” ai Lagi..mungkin 5 tahun lagi..
p/s : Artikel diatas saya ambil di forum carigold.com.Saya tidak dapat mengesahkan siapa dan bila artikel ini ditulis tidak dapat saya sahkan , walaubagaimana pun artikel ini boleh dijadikan info yg berguna untuk kita semua.
Korang masih was-was
atau tak yakin dgn emas..so cuba baca artikel kat utusan arini.. ditulis oleh
Mantan Presiden BSKL..
MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.
Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.
Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.
Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.
Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.
Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.
Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.
Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).
Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.
Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.
Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

Tahukah anda, bahawa
kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai
dan amat menguntungkan.Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB.
Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur
RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..Akan tetapi, jika saya beritahu
anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda
percaya?
Pelaburan apa? Betul
ka ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui
pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja
yang tidak menyedarinya.Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan
emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.
Bagaimana?Tahukah anda
bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari
tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah
sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh
anda perolehi adalah dalam 10% setahun.Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2
kali ganda daripada itu.
Oleh sebab itu anda
perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya.Bagaimana hendak
melabur dengan emas?Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa
menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan
anda.Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh
dimulakan oleh anda.
Dihiaskan kepada
manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita
dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;
kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta
kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan
(ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu
Syurga). [Ali Imran: ayat 14] Iklan
Maka, tersebutlah alkisahnya, pada 21 Februari lalu, telah diadakan Seminar Dinar Emas 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya.
(Kepada mereka yang masih belum sedar, kita perlu beritahu bahawa dunia kita sedang berada di ambang krisis yang parah akibat sistem kapitalis. Dan, emas itu adalah antara dana penyelamat, aset bernilai masa depan!)
Seminar yang telah dijalankan itu akan menyebabkan makin ramai pesertanya membeli emas, khasnya kalangan pelajar. Apabila wujud kesedaran membeli emas sebagai pelaburan dalam kalangan siswa, mungkin beban hutang PTPTN yang asalnya menjadi 'liabiliti' itu boleh diangkat sebagai aset.
Kalaulah seminar itu tidak menyebabkan keghairahan kepada pesertanya untuk membeli emas, barangkali ini petaka buruk yang bakal menimpa anak bangsa Melayu Islam dalam jangka masa panjang.
Kalau mahu diulas bab ini, panjang riwayatnya nanti. Tapi, memadailah kita katakan bahawa emas itulah harta kita yang sebenarnya jika mahu dibuat simpanan.
Petaka ke atas bangsa ini terjadi akibat kemiskinan. Kemiskinan itu adalah petaka besar dalam bangsa kita. Ini kerana kekuatan sesuatu bangsa itu diukur melalui sejauhmanakah aset yang mereka ada. Berdasarkan nas, dalil daripada Surah Ali Imran: ayat 14, harta-harta itu adalah..
Keluarga (anak-anak dan isteri), emas, perak, kuda peliharaan (kenderaan seperti kereta pada zaman ini); haiwan ternak termasuk kebun-kebun tanaman atau tanah ladang untuk bercucuk tanam.

Kedudukan emas di dalam al-Quran
Sekarang, marilah kita teliti tentang bagaimanakah kedudukan emas di dalam al-Quran itu? Berapa kalikah Allah s.w.t menyebutkan perihal emas itu di dalam al-Quran?
Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: "Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya."
Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. [Ali Imran: 91]
Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman." [al-A'raaf: 148]
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya." Katakanlah (wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]
(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]
"(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?" [Surah az-Zukhruf: ayat 53]
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya". [Surah: ayat 71]
Emas kekal sehingga ke akhirat!
Nampaknya emas dan perak ini berperanan juga di negeri akhirat kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.
Dan hal ini mungkin juga hukuman bagi orang yang tidak membayar zakat atau mereka yang menggunakan emas, perak itu untuk menindas orang miskin, membeli hamba abdi dan menjatuhkan maruah wanita ke lembah pelacuran dan lainnya.
Manakala, bagi mereka yang beriman, dipakaikan gelang emas pada tangan mereka. Ia sesuatu yang diharamkan bagi lelaki di dunia ini, tetapi dihalalkan bagi mereka di akhirat kelak.
Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat dan ini menyebabkan harta itu berkitar semula kepada Muslimin dan dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.
Tidak disebutkan tentang duit ringgit, dollar Amerika, Rupee, Rupiah Indonesia, pesos Filipina atau New Shekels (ILS) di Israel.
Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!
Bezanya, jika pemilik emas itu jahat, maka emas itu dibakar di neraka dan mereka disiksa dengan kepanasan emas yang telah dilebur oleh api neraka Jahanam itu.
Sebaliknya, mereka yang beramal soleh, pandai menggunakan harta itu dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, maka emas itu akan dikembalikan kepada mereka di syurga kelak sebagai yang telah disebutkan Tuhan di dalam al-Quran tadi. Wallahu'alam..
Apa itu MAHAR??
Di dalam al-Quran
istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr,
al-faridah dan al-‘aqd. Kita mulakan dengan persoalan ini.
Apa itu MAHAR? Mahar
berasal daripada perkataan Arab. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu
pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab
pernikahan.
Mengikut Tafsiran Akta
Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )1984 menyatakan “ mas
kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum
Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada
berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau
tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai
dengan wang.
Tujuan Artikal ni
adalah untuk mengajak anak2 muda yang belum berkahwin, apa kata kalau kita
menyimpan dinar emas dari sekarang.. . Dinar emas pn dah bole digunakan sebagai
mas kahwin.. Jadi masa akad nikah. xpayah la kita nk convert dinar tu kepada
wang kertas. Nanti dinar 2 bole jd aset pada isteri kita.
Sebagai mana yang kita
sedia maklum, setiap tahun nilai mahar ( mas kahwin ) sentiasa meningkat
sejajar dengan susutnya nilai duit kertas yang telah kita sedia maklum. Kalau
zaman dulu mas kahwin dalam RM1000++. Tapi Sekarang kalau letak mas kahwin
RM1000 orang dah tak pandang. Paling sikit pun RM7000-RM8000.Apa yang berlaku
sekarang, nilai mas kahwin tengok atas education bakal isteri. Diploma pun
paling rendah RM6000, itu belum yang belajar degree.
Kalau kita simpan duit
kertas untuk kawen, mungkin masa kita mula bekerja.
Nilai mas kawen pada masa
tu rm6000 (2009). Dan kita dah simpan RM6000 untuk kawen 5 tahun lg(2014).
Ni
contoh 1. Mungkin pada masa 5tahun akan datang. Nilai masa kahwin dah naik ke
rm10,000. Jadi mcm tak berbaloi simpanan kita tu. Kita terpaksa lg menyimpan
rm4,000 lg jika pada masa 2 keluarga mertua mintak RM10,000 sebagai mas kawen.
Ni contoh 2. Seperti mana yang kita sedia maklum. kenaikan harga emas dalam
anggaran 25% setahun.
Cuba kita bayangkan
dalam masa 5tahun. 5tahun x 25% = 125%. Banyakan kenaikan harga emas. Dalam
masa 1 tahun kita bole simpan 12 dinar emas dengan harga belian sekeping RM470.
Tahun 2009 : RM 470 x
12 keping dinar emas = RM 5640
Tahun 2010 : RM 5640 x 25% = RM 1410 + RM 5640 =
RM 7050
Tahun 2011: RM 7050 x 25% = RM 1762.50 + RM 7050 = RM 8812.50
Tahun 2012
: RM 8812.50 x 25% = RM 2203.13 + RM 5640 = RM 11,015.63
Tahun 2013 : RM
11,015.63 x 25% = RM 2753.91 + RM 11,015.63 = RM 13,769.54
Tahun 2014 : RM
13,769.54 x 25% = RM 3442.39 + RM 13,769.54 = RM 17,211.93
Cuba bayangkan, dengan
simpanan dinar pada tahun 2009 sebanyak 12 keping dengan harga RM 5640. Nilai
dinar kita pada masa 5tahun akan datang bernilai RM 17,211.93.Dengan Cara ini
bukan sahaja simpanan kawen kita terjamin tapi siap mempunyai lebihan lagi.
Semoga dengan artikal ini. Anak-anak muda yang belum berkahwin bole buka minda
mereka dalam kepentingan dan kebaikan dalam penggunaan dinar sebagai mas kawen.