Saya
cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada di dalam pelaburan dan
simpanan emas fizikal, secara jujurnya, apa yang menarik minat pembeli untuk
membeli emas??? Saya pernah jumpa pelanggan dari Kelang yang membeli
sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Pahang membeli
emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi
kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan
untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata
kanak-kanak kecil yang belum kenal sepak terajang kehidupan, "emas
hanya logam"
Kata
orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, "emas
sangat-sangat bernilai"
Kata
nenek, "emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)"
Kata
orang yang nak kahwin, "kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk
merancang dan membina istana"
Kata
pakar ekonomi pula, "setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas
sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu"
Jadi,
anda bebas untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan
menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain
pemikirannya...maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah:
- Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
- Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
- Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
- Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
- Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
- Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
- Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
- Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
- Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
- Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
- Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
- Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
- Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
- Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
- Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
- Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
- Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
- Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
- Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
- Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
- Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
- Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
- Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
- Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
- Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
- Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
- Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
- Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
- Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
- Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
- HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..
Jadi,
tu sedikit sebanyak kelebihan emas...bagi sesiapa yang masih xtau kelebihan
emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi...bergantung pada individu...