Menabung emas buat belanja menunaikan haji dan umrah



Assalamualaikum kepada pembaca semua. Alangkah indahnya mendengar pengalaman rakan-rakan kita yang pergi menunaikan Haji dan Umrah.Kursus-kursus haji yang diadakan sekarang ini menjadikan bakal-bakal haji semakin rindu dan tidak sabar-sabar menjadi tetamu Allah secara 'live'.  Saya bila lagi? InsyaAllah sedang menanti giliran dan berusaha menambahkan lagi tabungan.Kalau boleh nak bawak ayah dan  emak sekali menunaikan haji bersama saya.

Adakah terdetik di hati kita untuk menjadi tetamu ALLAH? Jika sudah terdetik adakah kita sudah mulakan langkah pertama ke arah itu? Alhamdulillah dan tahniah bagi anda yang telah memulakan simpanan untuk menunaikan haji.
 

Bagi yang belum menyimpan tetapi memasang niat untuk menunaikan haji bermulalah dari sekarang. Dengan menyimpan emas anda boleh menampung kenaikan kos haji pada setiap tahun. Peruntukkanlah 1 dinar daripada gaji bulanan anda sebagai simpanan untuk menunaikan haji. Saya percaya genap 30 bulan anda menyimpan 1 dinar anda sudah boleh mengikut pakej haji untuk VVIP... kerana jika hendak diukur dengan pendapatan kita, sampai bila-bila pun kita akan berasa tak pernah cukup dengan apa yang kita miliki sekarang.Bila setiap bulan rasa tak cukup, bila pula masanya kita nak menabung?
 

Walaupun sudah memiliki rumah besar, kereta besar, keluarga besar, makan besar, segala-galanya besar, hutang pun besar juga, masih terasa belum puas dengan apa yang kita miliki. Rakan kita yang berpendapatan lebih kecil daripada kita sudah punya rumah sendiri,kereta sendiri,keluarga sendiri, bebas daripada hutang, telah pergi menunaikan Haji dan Umrah.
 

Kenapa berlakunya situasi sebegini? tentulah kerana pengurusan kewangan yang baik dan nafsu yang tidak terlalu besar. Bagi yang bernafsu besar, jika diberi lautan emas pun akan berasa tidak cukup tetapi bagi yang bersederhana dan pengurusan kewangannya baik akan merasai nikmat apa yang telah diusahakannya. Yang penting apa yang kita usahakan mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi.

Buat penstrukturan semula kewangan anda dan Mulakanlah simpanan emas anda sekarang.Semoga anda berjaya di dunia dan akhirat.




SIMPAN EMAS ATAU SIMPAN WANG?


Sabda Nabi Muhammad S.A.W:- 'Satu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang berguna tinggal, kecuali Dinar(Emas) dan Dirham(Perak)' 





Kebanyakan orang lebih suka menyimpan wang di bank ataupun menyimpan di dalam saham amanah seperti ASB dan sebagainya. Selain drpd cara yang dianggap selamat untuk menyimpan, pelaburan saham amanah juga dianggap memberi keuntungan yang lumayan dan dijamin oleh kerajaan. 


Sedar atau tidak wang yg kita simpan dan gunakan ini semakin susut nilainya. Bagi mereka yang selalu ke pasar mungkin terasa kecilnya nilai wang kita jika diukur dengan jumlah barangan yang dibeli. 
Bagaimanakah jika ada cara untuk kita menyimpan sambil mendapat pulangan yang lebih lumayan? Adakah anda ingin terus menyimpan wang di dalam saham amanah?
Dengan menyimpan emas fizikal sama ada barang kemas atau goldbar anda bukan sahaja mendapat faedah daripada kenaikan harga emas tetapi anda juga berpeluang menambah pendapatan bulanan. 
DIVIDEN DAN BONUS ASB DARI TAHUN 1991 HINGGA 2008




HARGA EMAS DARI TAHUN 1999 HINGGA TAHUN 2009





Public Ittikal Fund 31 mac 2008 hingga 31 Mac 2009 


 

Dengan melihat carta di atas anda boleh membuat analisa dan pilihan simpanan yang manakah lebih menguntungkan...
 

MULAKAN SIMPANAN EMAS ANDA SEKARANG.
 
SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN.